>

::CandyBear::
The CandyGirl ♥

Al-Quran itu surat cinta dari Allah.. ♥ Azan pula call dari Allah.. ♥ Solat itu pula dating dengan Allah.. ♥



Entries About Me Assalamualaikum wahai semua penghuni blog, twitter dan facebook. Welcome To My Blog. i'm Eryn. Student KPTM-UITM Bangi. Thanks follow me :) .


Let's Chat

Baby Chatbox ♥

!


Hearts ♥

Tidak ada JAMINAN wanita ‘menutup aurat’ itu SOLEHAH tapi yang pasti, wanita SOLEHAH itu pasti yang ‘menutup aurat’..(✿◠‿◠) BUAT RENUNGAN SEMUA...♥



Template: Nurul AtiQah
Edited By: Eryn Farina
Follow Me at Social Networks: Twitter Facebook
All rights reserved ® Eryn Farina 2012.







Perginya kehilangan Arwah my lovely cousin :'(



Assalamualaikum wahai hamba Allah sekalian :) maaf, eryn dah lame tak post new entry kat blog. maybe menikmati cuti sem agaknya --'. em okay. kali ni eryn nak share sikit tentang tajuk yang diatas tu. hmm mungkin entry kali ni terlalu agak sedih kalau korang baca. hmm sungguh menyayat hati t__t . yela. kemalangan yang dialami oleh arwah my cousin memang tersangat menyayat hati kami sekeluarga.. especially her wife and also their childrens :'( actually, kemalangan yang berlaku kat arwah ini memang sadis dan tidak dijangka. kuasa ALLAH kan.. ajal maut semua ditangan Dia. kunfayakun- kalau Allah nak sesuatu itu berlaku, Maka berlakulah ia. kita tak boleh nak halang. ini semuanya takdir Allah dah tentukan. Allah sayangkan arwah. that's why Dia berhak ambil nyawa seseorang itu. Benda nak jadi, kita tak boleh nak halang. Hanya ALLAH yang berhak tentukan bila bila masa Dia nak ambil nyawa seseorang manusia itu.  kita selalu dengar ayat ni kan, "DaripadaNya kita datang, dan kepadaNya jugalah kita kembali." ye, kita semua ni dijadikan daripada tanah. dan kepadanya jugalah kita kembali ke tanah :) Tapi yang pasti, kita semua adalah bakal jenazah. Mati itu pasti. Mati itu tidak semestinya kena tunggu tua kerana ajal boleh datang bila bila masa. itu semua ALLAH dah tentukan sejak kita masih dalam perut ibu lagi. 



Okay, eryn nak ceritakan mula dari masa sabtu lepas.. that day it was.. nice date kann. 10/11/12. memang cantik sangat tarikh tu..just dari pagi lagi eryn dah rasa mcm tak sedap hati jee. eryn tak tahu kenapa tapi tak adalah rasa sangat kot. just mcm ada sesuatu yg maybe akan terjadi or mungkin tidak.. hm but, eryn lupakan jelah rasa yg datang tu. petang tu kami sekeluarga g wedding kwn mama. then kitorang berjalan pergi bandar dan lepak sekejap ditepi pantai lido, Johor bharu. balik tu singgah je mana then balik kot. malam tuu.. mcm tak rasa apa apa sangat.  tapi time malam tu kan, eryn perasan, mama selalu sangat mengadap gambar family kat facebook. gambar tu masa kitorang buat BBQ kat rumah masa Raya haji yang lepas with my sedara mara especially my lovely cousin dari singapore. ape ape pun kami memang rapat sangat sangat. Wajib kalau time raya je, mesti konvoi ramai ramai g beraya sedara belah mama. tapi memang best dan seronok sangat sangat. That's why lah family kitorang buat BBQ bersama. But..at the same time, mama jemput juga jiran lain, sedara yg lain dan juga family angkat eryn yg dari ulu tiram tu :) yee, dulu mereka pernah jaga eryn time kecil. just tak rapat sgt lah :) 


Masa malam tu, kitorang berborak panjang dgn arwah abang. tak tahulah kenapa kan.. time malam yg dia datang tu, wife and anak dia pakai baju yg berwarna lain. Dia je sorang yg pakai Baju raya berwarna PUTIH. hm time tu tak rasa pelik mana pun. and then, selalunya dia tak berbual sgt dgn eryn. tak tanya dgn lebih detail sangat tau. but,  malam tu dia siap tanya umur eryn. yela. arwah tak tahu sangat pun. then, akak kata.. selalunya kalau buat lawak or kenakan dia, mesti dia  akan lawan balik. kiranya dia nak menang je kann. but, malam tu ramai juga yg hentam dia saja saja tp dia gelak gelak juga. at the same time, dia biarkan je org kenakan dia. so, takda nampak sangat. then, malam tu akak radiah, my lovely cousin too adik kpd arwah. dlm camera dia banyak snap gambar arwah dgn kitorang. so, malam itulah kali terakhir kitorang semua bergambar dgn arwah. muka arwah dlm tu nampak ceria sangat. putih dan mcm bercahaya je bila tengok balik. memang tersangat sangat gembira dan tak akan lupakan kenangan bersama arwah. memang enjoy dpt sambut birthday arwah, maklong, syaqiera and also amsyar. malam tu kan..eryn belum makan lagi. so, berbual dgn family and sedara mara semualah. memang have fun sangat berborak sambil kenakan abang. hehehe. time tu dia duduk sebelah eryn. eryn tgh makan, then eryn mintalah dia tuangkan air oren tau. lepas tuu dia tuang, dia yg minum. so, we share together lah. hahaha. tak pernah pernah kot kitorang kongsi minuman sesama. yela, he is my cousin right. bukannya kitorang selalu jumpa :)  


okay, malam tu after dah abis makan and kemas kemas bagai. kitorang still duduk lepak lagi. masa tu kan.. arwah abang dgn pakai T-shirt putih and seluar putihnya tuu kan.. tetiba dia duduk depan paklong tp dia mengadap kitorang lah. time tu akak and cousin yg lain happy and gelak gelak aje. yg Eryn tengok malam tuu.. dia asyik tersenyum sorang sorang bila tengok gelagat kitorang. lama jugaa tak dia senyum. mcm happy sangat malam tuu. seriously.. eryn tak rasa pelik sgt but dlm hati fikir, maybe dia memang mcm tu pun :)
Actually, eryn nak ceritakan tentang kes yg arwah kemalangan. tp eryn dah tersasul cerita tentang malam BBQ tu. emm takpelah. harap korang faham yeee.. Okay, firstly.. time malam sabtu tuuu.. time tu kitorang tenga tengok tv. agak agak dalam pukul 11 kot. hmm time tu ayah and mama baru je abis minum air yg eryn buatkan utk diorang. so, tetiba dapat panggilan. dari siapa? of course my maklong. kalau yg selalu call rumah tuu memang maklong. dia kekdg mmg rajin.. but.. that night tu.. bila mama bercakap dgn maklong, mama tetiba menjerit dan menangis tak tentu pasal. mama kata, "abang tak ada lagi. abang dah pergi... abang excident kat highway Nilai-Seremban! :'(."hmm.. so, i was like... dah tak terkata apa apa dah. Hanya ALLAH je yang tahu bagaimana perasaan kami malam tu. Sedih sangat sangat :'( malam tu semua terdiam. tak banyak cakap sangat.. mulanya mmg tak percaya. tapi apakan daya.. mama pun call hospital kat yg ada kat seremban. and polis kat sane juga. selepas tu, mama makin tak sedap hati sangat. mama call hospital yg ada kt sana. ada yg kata belum ada mangsa yg bernama Syed Faizal kat hospital tu. and then.. mama call lagi hospital lain.. hmm.. ada juga nama abang kt hospital tu. mayat tu baru je sampai. hmm. mulanyaa kami berharap sangat tak ada nama abang kt situ. tapi ternyata memang benar. Abang dah kembali ke rahmatullah.. dah tiba ajalnya kan :'( hmm arwah dah pergi mengadap illahi. masa tu, hanya Allah je yang tahu perasaan kami semua. yang tinggal hanyalah jasadnya. rohnya sudah tiada lagi. 



Berita tentang kemalangan maut ni dah pun masuk dalam paper dan berita tv3 dan juga News at ntv7. malam  selepas kami dapat tahu,  malam tu family eryn terus tak dapat tidur. semua tidur lambat. sanggup berjaga sebab nak tunggu panggilan daripada sedara. kitorang berjaga and tunggu berita tentang arwah abg yg ada kat tv. namun, masih belum ada cerita lagi tentang kematiannya. esoknya, masa buletin tv3 keluar, alhamdulillah.. dapat juga mereka siarkan tragedi kemalangannya malam tu. hmm kitorang terpaku je depan tv. tengok mayatnya dalam longkang yg besar kat tengah highway tu :'( kesiann arwah. hmm. yang tinggal hanyalah jasadnya, motor besar dan barang barang peribadi miliknya kat sana. 
anyway, korang mesti tertanya tanya kenapa dia kemalangan sampai maut mcm tu sekali kann? act, bukan kemalangan biasa. tapi ia kemalangan yg membawa maut! nyawa bukan dibuat main yee. kalau dah langgar orang sampai nyawa pun melayan,. boleh diambil tindakan dan kena saman tauu org yg langgar dia tu. Alhamdulillah org yg langgar tu tak langgar lari. sebab dia tahu dia yang salah. see! kuasa Allah kan.. memang tak boleh nak jangka. memang patut cina tu kena saman. kesiann arwah :'( hmmm. ni artikel yg ery dah amik sikit sikit.


ANGGOTA POLIS TRAFIK SINGAPURA MAUT DI NILAI.

10 November 2012
SEREMBAN - Hasrat seorang anggota polis trafik dari Singapura untuk menyertai Konvoi Kembara 1Malaysia Bike Week (1MBW) 2012 di Putrajaya berakhir dengan tragedi apabila beliau maut dalam kemalangan di Km277 Lebuh Raya Utara Selatan arah ke utara dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 malam itu, Syed Faizal Syed Abdullah, 36, yang menunggang motosikal Suzuki V Strom dikatakan dirempuh sebuah Perodua Myvi dari arah belakang.

Jurucakap polis berkata akibat rempuhan itu, mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas dan merempuh penghadang jalan hingga mengakibatkannya tercampak.

"Mangsa bersama beberapa lagi rakannya yang menunggang motosikal berkuasa tinggi sedang dalam perjalanan ke Putrajaya untuk menyertai konvoi tersebut," katanya.

Mangsa meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan serius sementara pemandu Myvi berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Tafik Negeri ASP Abdul Halil Hamzah mengesahkan kejadian itu dan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk bedah siasat. - Bernama


kemalangan ni sungguh tragis. malam tu, masa arwah kena langgar dari belakang, tayarnya kena sondol dari belakang oleh kereta myvi. kiranya arwah mmg bwk slow slow. tapi kereta tu tak tahu kenapa. tetiba dia terlanggar tayar arwah dari belakang and then.. arwah terus hilang kawalan. dia cuba tendang grill yg besi kat tengah tengah highway tu 3x. but.. malam tu juga ajalnya.. dia tercampak dan tercampak lagi ke dalam longkang yg besar dan dalam itu. nasib baik ada kawan arwah jadi saksi masa arwah excident. akak cerita, kawan dia tu terus bertanyakan arwah sama ada okay atau tak. arwah hanya menggeleng kepala sahaja. kawannya suruh mengucap.. alhamdulillah dapat juga mengucap...dan selepas itu... arwah terus memejamkan matanya :'( ya Allah.. aku telah kehilangan seorang abang sedara yg aku rapat juga :'( hmm.


sebenarnya.. petandanya dah nampak sangat. adik beradik arwah asyik sebut nama arwah je sejak kebelakangan ni. tak tahu kenapa. masa arwah otw nak Putrajaya bersama kawan kawan, akak kata arwah tiap tiap kali nak berhenti disetiap R&R sepanjang perjalanan tuu. dia nak call familynya untuk bertanya khabar tentang anak anak.. rasanya dah banyak kali arwah berhenti dikawasan rehat sbb nak call family dia sampaikan kawan kawannya pelik tengok perangai arwah sejak hari tu..  but.. hari yang tak disangka...ajalnya dah sampai malam tu juga. hajatnya tak kesampaian nak menyertai Konvoi Kembara 1Malaysia Bike Week (1MBW) 2012 di Putrajaya tapi.. berakhir dengan tragedi di highway Seremban-Nilai. ketika itu, jalan memang licin. baru habis hujan. maybe jem sangat kt sana. hmm. 



malam tu, selepas arwah dah pergi mengadap illahi, mayatnya dihantarkan ke hospital Tuanku Ja'far, Seremban. then mereka dah mandikan jenazahnya dan solatkan jenazah. esoknya hari ahad malam tu.. jenazah dibawa pulang ke Johor bharu. Petang tu after maghrib, kami dah kemas kemas and siap siap g bandar dan kami sekeluarga tiba di Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bharu. baru je sampai selepas tu van jenazah dari N.sembilan dah sampai. then van jenazah dari singapore pun tiba. ayah and cousin dan juga rakan rakannya bantu pindahkan jenazah ke van jenazah singapore. selepas tu, kami konvoi g rumah maklong. kami lalu second link, tuas. van jenazah tu lalu woodlands. hmm setibanya rumah maklong di Eunos Cresent 20, ramai sangat kawan kawan arwah yg menunggu jenazahnya. sampai ke tangga dan dalam rumah penuh juga. first eryn nampak adalah kak Fathma. yee.. dia adalah isteri arwah. hmm eryn sedih sangat tengok dia mcm tuu.. dia terlalu sedih tapi dia kuatkan semangat jugaaa.. bila jenazah arwah dah sampai, ramai yg tolong angkatkan bawa ke dalam rumah. rumah maklong tingkat 1. so, senang naik melalui tangga je. hm jenazahnya diletakkan mengikut arah kiblat. then perlahan lahan diorang buka balutan diwajahnya.. bila dibuka, kak fathma terus sebak.. dah tak tahan sangat... dia menangis sambil tuu dia memanggil dgn panggilan 'Abang' dgn arwah :'( time tu matanya tak berhenti mengalir. anaknya Amsyar dengan Umar tengok je jenazah abinya. umi dia kata, inilah Abi. abi dah tak ada.. then amsyar menangis. Umar nangis sikit. lepas tu dah okay. tp Amsyar still menangis juga masakitorang pujuk tu. selepas tu dia tidur. hm ramai juga yg melawat jenazah. Mereka membacakan Al-Fatihah dan juga tahlil yassin utk lelaki. hmm mata eryn time tu terus mengalir. tak sangka arwah abang dah pergi dulu. rasanya macam dalam mimpi pun ada. tp apakan daya.. Pergi tak akan kembali kan.. :( hmm.


malam tu kitorang tak tidur tauu.. ada juga pukul 1 lebih pagi yg datang melawat. malam tu kwn abang alwi yg jaga arwah. time tuu rumah memang terang benderang. kitorang kat dapur. makan apa yg ada sebab sepanjang malam tu eryn langsung tak makan. itu pun makan sikit ajee. dlm kepala asyik ingat arwah je. hm. kesiann akak fathma. dia dah ada 2 orang anak lelaki. masih kecil lagi. sorang darjah 1, sorang lagi 5 tahun tapi dah sekolah tadika. masa birthday maklong hari tu, arwah sempat sunatkan budak 2 orang yg kecik ni. alhamdulillah.. even masih awal tp itulah benda yg dia sempat buat utk anak-anaknya..
malam tu, setelah puas kami berjaga, berbual apa semua. abang alwi ada belikan McD for breakfast utk kitorang. time tu ngam ngam je pukul 4 pagi. so, makan je paa yg ada then bdn mmg letih sgt. just dpt lelapkan mata dlm pukul 5 lebih sampai 6 suku jee, hmm sekejap kan. tu yg bangun terus even bdn dah letih sangat. Pagi tu, ada lg yg dtg menziarah.. dan bacakan yassin utk arwah. then ramai juga yg dtg utk buat tahlil lagi. and beri penghormatan terakhir utk arwah sebelum wajahnya kembali dibalut semula. itulah kali terkahir 2 org anaknya yg sempat mencium abinyaa. mereka hanyalah anak kecil yg tak tahu apa apa. yang mereka tahu hanyalah Abi maybe pergi sekejap..or mungkin abi tidur. hmm kesiann mereka ;'( wajah arwah masa dibuka balutannya, nampak bercahaya sgt. mcm orang tidur dan wajahnya mcm org yg sedang senyum ketika tidur. even arwah excident, mukanya tak ada kesan calar calar or hancur. cuma, arwah luka dalaman sedikit. hmm. 



pagi tu kami berangkat ramai ramai. ada yang naik bas dan juga naik kereta. kami naik bas yg belakangnya tempat utk jenazah juga, sebelum tu, ada rombongan bas polis datang utk memberi penghormatan terakhir beliau semasa nak berangkat ke tempat pengebumian islam. jauh juga tempatnya. sebab kubur org cina paling banyak. kubur Islam pun banyak juga tp luas. masa tetamu yg hadir tu, ramai juga kira kira dalam 200 lebih mungkin. mmg ramai sangat. dapatlah juga tengok secara live mcm mana jenazahnya dikebumikan. alhamdulillah selamat dikebumikan. last masa tu, hanya anak anak arwah abang yg siram air mawar kat atas kubur arwah abinya.. mereka tak tahu apa apa. tapi kami yang melihatnya begitu sedih sangat. sungguh menyayat hati kami sekeluarga :'( hmm. tamatlah cerita ini. ini adalah cerita benar. bukan rekaan. eryn share mana yg eryn ingat dan tahu jee. 
mana yang salah tu maafkan Eryn yee. biasalah.. sekarang ni pun otak dah fikir lain. buntu sangat sangat. Astaghfirullahalazim.. istighfar bebanyak eryn.. lupakan sedikit demi sedikit. hmm.kami tak akan lupakan kenangan bersama with arwah abang. lepas ni dah tak ada yang nak menyakat and buat lawak dgn kitorang. Dia dah pergi. dah tiada. tak akan kembali lagi. hm. inilah dia gambar arwah, isteri dan anak anaknya. 


ini anak arwah abang. baju oren tu Umar dan abangnya amsyar
baju putih ni adalah arwah abang dan sebelah tu Abang Alwi. adik arwah.
inilah kak Fathma isteri arwah dan arwah Abang Faizal.

Kami sekeluarga mendoakan roh arwah dicucuri rahmat. Mari berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah buat Almarhum Syed Faizal bin Syed Abdullah AlQudsi. Semoga rohnya bersemadi dengan tenang disana. Ya Allah..ampunkan dosa dosa arwah. Moga arwah ditempatkan golongan org org yang beriman. Aminn Ya Rabbi..
buat kak Fathma, harap akak kuat dan tabah menghadapi dugaan dan cabaran dari Allah ye. akak jaga diri, jaga kesihatan, jaga anak anak dan jangan lupa solat dan juga berdoa untuk arwah abang.. Semoga Allah melindungi akak dan anak anak sentiasa. Aminnn ya rabbi.. :)
Takziah untuk keluarga arwah.. 
Al-Fatihah....